Rabu, 23 November 2011

Sasaran 44 Emas di SEA GAME 2011


AKHIRNYA Majlis Sukan Negara (MSN) mendedahkan angka sebenar sasaran mereka pada temasya Sukan Sea ke-26 yang berakhir semalam iaitu sebanyak 44 pingat emas bukannya antara 40 hingga 45 yang diuar-uarkan sebelum ini.
Jelas, 59 pingat emas yang diraih atlet negara membuktikan sasaran MSN itu sudah tersasar sebaliknya sasaran persatuan (60 emas) dan Majlis Olimpik Malaysia (antara 50 hingga 55) adalah yang paling tepat.

Atas kertas, ia menunjukkan kejayaan kerana daripada 44 emas sasaran MSN, atlet negara di bawah kelompok itu berjaya meraih 50 emas menerusi acara berbasikal (tujuh), terjun (tujuh), olahraga (enam), renang (lima), renang berirama (lima), bowling (lima), karate (empat), pencak silat (tiga), wushu (tiga), memanah (dua), menembak (dua) dan bola sepak (satu).
Empat sukan yang tidak disasarkan MSN sebelum ini kerana dikatakan tiada rekod pencapaian di peringkat antarabangsa menghasilkan sembilan emas lagi menerusi luncur air (empat), lawan pedang (dua), renang perairan terbuka (dua) dan snuker (satu). sambung baca++

sumber dipetik : Harian Metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan