Isnin, 31 Disember 2012

End of year


Terasa sekejup je sebulan. Dah hujung bulan 12. Harini 31 Disember. Ya Allah, Aku bersyukur kepadaMu diatas kejayaan yang membanggakan aku, kegagalan yang buat aku bangkit, kegembiraan yang buat aku menangis dan kesedihan yang buat aku ketawa. Aku menangis bukan sebab aku sedih. Aku menangis sebab aku bersyukur, aku ketawa dalam kesedihan sebab aku tahu tiada yang boleh datangkan kekuatan diri aku utk lebih tabah menempuh segala dugaanMu. 

Apa yang terjadi dalam tahun ini menjadi kenangan. Andainya diberi pilihan aku pusingkan masa aku ke saat yang aku tidak mampu mengatasi kelemahan itu, aku ingin perbaiki kekurangan itu. Andainya masa itu diputarkan ke saat aku sedang dalam kegembiraan, pasti aku menangis inginkan saat itu. 

Tingkatan 4 aku tinggalkan. Dulu sekolah rendah aku UPSR. Tingkatan 3 aku PMR. Dan misi seterusnya, aku taknak apa yang terjadi dulu terjadi dalam masa aku tingkatan 5, gunung tertinggi dalam zaman persekolahan aku yang menetukan kejayaan masa depan aku. 

Kalau UPSR dgn PMR aku menangis. Tahun 2013 ini aku juga ingin menangis, menangis dalam kegembiraan. Kegembiraan yang membuka kejayaan aku. InsyaAllah. Let go batch'96. Aku rindu budak budak 4AK1. Aku nak kelas lama. Hmm. 

Awak, saya nak minta maaf sebab tak mampu nak bahagiakan awak. Saya tahu awak tunggu saya, tapi ... Dia memungkinkan segalanya. Dia telah mengaturkan segalanya. Kalau Dia aturkan saya kembali jadi milik awak, kita pasti akan kembali bersama. InsyaAllah. Saya nak awak tahu, awak semangat hidup saya. 

2013 TAHUN MENEMPUH KEJAYAAN 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan