Selasa, 5 Februari 2013

back to old memory


Assalamualaikum. Orang tua aku selalu pesan, kegembiraan selalunya hadir selepas perginya kesedihan, kegagalan dan kesakitan. Begitulah kehidupan. Sometime kita kat atas, sometime kita kat bawah. Dia dah aku biarkan pergi dalam lipatan kehidupan. Itu hanya memori.

Aku tak boleh menipu. Yes! Aku cintakan orang lain. Aku tak cintakan ASZ. Aku taknak jadi lelaki hipokrit. Biarlah dia sakit sekarang daripada dia terus kena tipu dengan perasaan cinta aku yang tak nampak, dia tak rasa. Maafkan saya. :'(

Aku lebih sayangkan ex aku. Hati aku ada dengan ex aku. Yaa 6 bulan yang aku rindukan kembali bertemu dikalbu *macam lagu pulak --'* Aku bahagia bila dengan M. Begitu mudah dia mengetahui isi hati aku dan begitu senang utk aku mengetahui keinginan cinta dia.

Allah menentukan segalanya. Ye, aku terlalu muda. Usia yang tidak seberapa dengan kehidupan yang susah aku lalui mematangkan aku. Mematangkan pemikiran utk mengenal erti cinta sebenar. Tapi salahkah aku mencari semangat utk kehidupan? Dia semangat aku utk aku terus berjaya. Dia pandai dari setiap segi. Daripada pendidikan sehinggalah cara dia menguruskan kehidupan. Aku nak jadi macam dia! Aku get back dgn dia bukan sebab aku nak jadi macam dia tapi sebab SAYANG aku, CINTA aku kat dia. 

Aku dengan dia pernah break. Kekuatan cinta aku dengan dia buat kiteorang kembali bersama. Kami berkorban sikit. Dia tinggalkan orang yang sayangkan dia dan aku tinggalkan orang yang sayangkan aku. Semua sebab kami saling menyayangi. 

Aku doakan ASZ bahagia. Aku juga ingin bahagia. Bahagia bersama orang yang aku sayang :*. InsyaAllah. Terima kasih, Ya Rabb :')

*officially getback, owned by M on February 4th 2013. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan